Tuesday 17 July 2018

PERTANDINGAN GO GREEN EKSA BA MOF 2018











Sempena dengan sambutan Majlis Hari Raya BA MOF, telah dilaksanakan jua Pertandingan Go Green. Pertandingan tersebut berkonsepkan gerai jualan yang menggunakan barangan atau peralatan terpakai bagi menarik perhatian juri.

Pertandingan tersebut melibatkan keempat-empat Zon EKSA BA MOF. Bukan sahaja konsep gerai, malahan penggunaan bekas makan dan minuman jua bekas yang boleh dikitar semula. Ia bertujuan bagi memastikan kelestarian Go Green tersebut terus dipelihara.

Monday 16 July 2018

SESI PERKONGSIAN ILMU - CIRI-CIRI KUBIKEL / RUANG KERJA YANG BAIK DALAM SEKTOR AWAM






Satu sesi perkongsian ilmu berkenaan dengan tajuk :  "Ciri-Ciri Kubikel / Ruang Kerja Yang Baik Dalam Sektor Awam" telah dilaksanakan pada 29 Jun 2018. Perkongsian ilmu tersebut telah disampikan oleh Encik Mohd Nazi bin Mat Yusoff Ketua Penolong Pengarah Kanan di BWTD, JANM yang merupakan jua Ketua Audit Dalam EKSA JANM.

Sesi berkenaan berlangsung di Bilik Mesyuarat BAMOF selama hampir 2 jam dari 3.00 petang hingga 5 petang. Pelbagai ilmu serta perkongsian maklumat telah dapat dilakukan dan ia sekaligus memberi mafaat kepada keseluruhan warga BA MOF.


Tuesday 3 July 2018

AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF SIRI 2/2018


Pada 04 Julai 2018 akan diadakan Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dijalankan bagi memastikan BA MOF sentiasa berada bersih, kemas dan kondusif.