Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan selaras dengan cadangan Audit Dalaman.
Tuesday, 8 May 2018
AUDIT DALAMAN EKSA JANM DI BA MOF
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan selaras dengan cadangan Audit Dalaman.
Monday, 7 May 2018
PRA AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF
Pada 23 April 2018, telah dijalankan Pra Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dilaksanakan sebagai satu cara memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara berterusan oleh warga kerja.
Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
ANTARA PENEMUAN PRA AUDIT DALAMAN BA MOF
Thursday, 29 March 2018
Wednesday, 28 March 2018
GOTONG-ROYONG EKSA + PROGRAM KITAR SEMULA BA MOF 2018
23 MAC 2018
Pada 23 Mac 2018, EKSA BA MOF, diteruskan dengan Program Gotong-Royong dan Program Kitar Semula. Program ini dimulakan dengan sesi penerangan perjalanan program yang diberikan oleh Armi Arfifi bin Azmi (Setiausaha EKSA, BAMOF) kemudian seluruh warga BA MOF bersama-sama melaksanakannya. Program ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi BA MOF yang secara tidak langsung menaikan semangat warga kerja.
Pada sebelah petang, barang-barang buangan yang boleh dikitar semula telah diletakan dilokasi yang ditetapkan bagi memudahkan ia dikutip oleh syarikat pengumpulan barangan kitar semula.
![]() |
26 MAC 2018
Syarikat kitar semula telah hadir bagi melakukan kutipan yang telah dikumpulkan. Perancangan asalnya, syarikat perlu hadir pada 23 Mac 2018 (petang), akan tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, maka ia terpaksa ditangguhkan ke 26 Mac 2018.
Monday, 8 January 2018
GOTONG-ROYONG BA MOF DISEMBER 2017
Gotong-royong BA MOF bagi bulan Disember 2017 telah dijalankan pada 27 Disember 2017 (Rabu). Hasil daripada program berkenaan telah dihantar ke Pusat Kitar Semula Persint 9, Putrajaya.
Monday, 4 December 2017
PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG HARI KITAR SEMULA BA MOF 2017
Satu pertandingan Hari Kitar Semula telah diadakan pada 30 Oktober 2017 dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan pada 17 November 2017 oleh YBhg. Dato' Roslan bin A.Rahman, Pengarah BA MOF. Tahniah kepada Zon yang menyertai pertadingan....😉
Subscribe to:
Posts (Atom)














