Thursday, 16 October 2025
TAKLIMAT EKSA : AMALAN BAIK, PERSEKITARAN HEBAT! : PANDUAN PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara diatas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Akaun Kementerian Kewangan (BA MOF) akan mengadakan satu sesi perkongsian EKSA (secara atas talian) kepada warga BA MOF bertajuk Amalan Baik, Persekitaran Hebat! : Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai amalan EKSA dalam usaha mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif.
3. Sesi perkongsian adalah seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Oktober 2025 (Khamis)
Waktu : 10.00pagi - 11.00 pagi
Pautan : https://meet.google.com/qpi-
EKSA : AKTIVITI GOTONG ROYONG EKSA BAMOF BAGI PERSEDIAAN AUDIT EKSA BAMOF BIL.1/2025
- Untuk makluman, sesi pengauditan EKSA BAMOF Bil.1/2025 telah dijadualkan pada 28 Oktober 2025 (Selasa). Oleh itu,sebagai persediaan untuk sesi pengauditan tersebut, satu gotong royong kendiri EKSA BAMOF akan diadakan pada ketentuan seperti berikut :
Tarikh : 16 Oktober 2025 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian : Pakaian yang bersesuaian
- Sehubungan dengan itu, mohon tuan/ puan semua warga BAMOF untuk memastikan workstation
masing-masing berada dalam keadaan kemas dan teratur serta ruang guna sama, pantri, semua zon bahagian dan tempat-tempat yang berkaitan berada dalam keadaan bersih, kemas dan bebas debu habuk. - Ketua Audit EKSA BA MOF akan membuat rondaan pemeriksaan pada 28 Oktober 2025 (Selasa).
- Kerjasama erat dalam perkara ini amatlah dihargai.
AJK PROMOSIđź’š
KUIZ EKSA BA MOF TAHUN 2024
Unit Latihan EKSA BAMOF telah menganjurkan Pop Kuiz EKSA : 2024 pada 13 Disember 2024 @ 9.15 pagi. Tujuan kuiz ini adalah untuk menguji tahap kefahaman dan pengetahuan warga BA MOF mengenai pelaksanaan EKSA.
Friday, 9 August 2024
Subscribe to:
Posts (Atom)




.png)




