Monday, 11 June 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG PERTANDINGAN EKSA 2018











Satu sesi penyampaian hadiah bagi pemenang  
pertandingan Ruang Kerja Tercantik serta 
Zon Tercantik BA MOF telah dijalankan pada 
04 Mei 2018. Hadiah pertandingan telah 
disampaikan oleh Pengarah BA MOF, JANM 
iaitu Puan Samsiah binti Ahmad dan di iringi 
oleh Timbalan Pengarah Pengurusan 
iaitu Puan Sharifah binti Samat.

PROGRAM BERGAMBAR AJK EKSA BA MOF 2018




Satu program mengambil gambar bersama AJK EKSAM BA MOF 2018 bagi tujuan pengemaskinian blog EKSA BA MOF telah dijalankan pada : 


    Tarikh     : 29 Mac 2018 dan 30 Mac 2018
    Lokasi     : Ruang Tengah Antara blok A dan B (Kawasan pokok-pokok di
                    tengah bangunan JANM) 
    Masa       : 9.30 pagi
 

Tuesday, 8 May 2018

AUDIT DALAMAN EKSA JANM DI BA MOF


Pada 03 Mei 2018 telah dijalankan Audit Dalaman EKSA JANM di BA MOF. Audit Dalaman berkenaan diketuai oleh Encik Mohd Nazi bin Mat Yusoff.

Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan selaras dengan cadangan Audit Dalaman.

Monday, 7 May 2018

PRA AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF

Pada 23 April 2018, telah dijalankan Pra Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dilaksanakan sebagai satu cara memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara berterusan oleh warga kerja.

Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.















ANTARA PENEMUAN PRA AUDIT DALAMAN BA MOF






Wednesday, 28 March 2018

GOTONG-ROYONG EKSA + PROGRAM KITAR SEMULA BA MOF 2018


23 MAC 2018

Pada 23 Mac 2018, EKSA BA MOF, diteruskan dengan Program Gotong-Royong dan Program Kitar Semula. Program ini dimulakan dengan sesi penerangan perjalanan program yang diberikan oleh Armi Arfifi bin Azmi (Setiausaha EKSA, BAMOF) kemudian seluruh warga BA MOF bersama-sama melaksanakannya. Program ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi BA MOF yang secara tidak langsung menaikan semangat warga kerja.



Pada sebelah petang, barang-barang buangan yang boleh dikitar semula telah diletakan dilokasi yang ditetapkan bagi memudahkan ia dikutip oleh syarikat pengumpulan barangan kitar semula.


26 MAC 2018

Syarikat kitar semula telah hadir bagi melakukan kutipan yang telah dikumpulkan. Perancangan asalnya, syarikat perlu hadir pada 23 Mac 2018 (petang), akan tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, maka ia terpaksa ditangguhkan ke 26 Mac 2018.




Friday, 2 March 2018

Program Penghantaran Barangan Kitar Semula BA MOF telah diteruskan pada tahun 2018. Dimana ia telah dilaksanakan pada 13 Februari 2018 (Selasa).