Monday, 7 May 2018

PRA AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF

Pada 23 April 2018, telah dijalankan Pra Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dilaksanakan sebagai satu cara memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara berterusan oleh warga kerja.

Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.















ANTARA PENEMUAN PRA AUDIT DALAMAN BA MOF






Wednesday, 28 March 2018

GOTONG-ROYONG EKSA + PROGRAM KITAR SEMULA BA MOF 2018


23 MAC 2018

Pada 23 Mac 2018, EKSA BA MOF, diteruskan dengan Program Gotong-Royong dan Program Kitar Semula. Program ini dimulakan dengan sesi penerangan perjalanan program yang diberikan oleh Armi Arfifi bin Azmi (Setiausaha EKSA, BAMOF) kemudian seluruh warga BA MOF bersama-sama melaksanakannya. Program ini turut disertai oleh Pengurusan Tertinggi BA MOF yang secara tidak langsung menaikan semangat warga kerja.



Pada sebelah petang, barang-barang buangan yang boleh dikitar semula telah diletakan dilokasi yang ditetapkan bagi memudahkan ia dikutip oleh syarikat pengumpulan barangan kitar semula.


26 MAC 2018

Syarikat kitar semula telah hadir bagi melakukan kutipan yang telah dikumpulkan. Perancangan asalnya, syarikat perlu hadir pada 23 Mac 2018 (petang), akan tetapi disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan, maka ia terpaksa ditangguhkan ke 26 Mac 2018.




Friday, 2 March 2018

Program Penghantaran Barangan Kitar Semula BA MOF telah diteruskan pada tahun 2018. Dimana ia telah dilaksanakan pada 13 Februari 2018 (Selasa).


Monday, 8 January 2018

GOTONG-ROYONG BA MOF DISEMBER 2017

Gotong-royong BA MOF bagi bulan Disember 2017 telah dijalankan pada 27 Disember 2017 (Rabu). Hasil daripada program berkenaan telah dihantar ke Pusat Kitar Semula Persint 9, Putrajaya.


Monday, 4 December 2017

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG HARI KITAR SEMULA BA MOF 2017

Satu pertandingan Hari Kitar Semula telah diadakan pada 30 Oktober 2017 dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan telah disampaikan pada 17 November 2017 oleh YBhg. Dato' Roslan bin A.Rahman, Pengarah BA MOF. Tahniah kepada Zon yang menyertai pertadingan....😉


Monday, 20 November 2017

PERTANDINGAN KITAR SEMULA BA MOF

Pada 30 Oktober 2017, satu Pertandingan Kitar Semula antara zon-zon di BA MOF telah diadakan. Semua barangan kitar semula telah di hantar ke Pusat Kitar Semula, Alam Flora, Presint 9.