Monday, 13 August 2018
Thursday, 19 July 2018
Tuesday, 17 July 2018
PERTANDINGAN GO GREEN EKSA BA MOF 2018
Sempena dengan sambutan Majlis Hari Raya BA MOF, telah dilaksanakan jua Pertandingan Go Green. Pertandingan tersebut berkonsepkan gerai jualan yang menggunakan barangan atau peralatan terpakai bagi menarik perhatian juri.
Pertandingan tersebut melibatkan keempat-empat Zon EKSA BA MOF. Bukan sahaja konsep gerai, malahan penggunaan bekas makan dan minuman jua bekas yang boleh dikitar semula. Ia bertujuan bagi memastikan kelestarian Go Green tersebut terus dipelihara.
Monday, 16 July 2018
SESI PERKONGSIAN ILMU - CIRI-CIRI KUBIKEL / RUANG KERJA YANG BAIK DALAM SEKTOR AWAM
Satu sesi perkongsian ilmu berkenaan dengan tajuk : "Ciri-Ciri Kubikel / Ruang Kerja Yang Baik Dalam Sektor Awam" telah dilaksanakan pada 29 Jun 2018. Perkongsian ilmu tersebut telah disampikan oleh Encik Mohd Nazi bin Mat Yusoff Ketua Penolong Pengarah Kanan di BWTD, JANM yang merupakan jua Ketua Audit Dalam EKSA JANM.
Sesi berkenaan berlangsung di Bilik Mesyuarat BAMOF selama hampir 2 jam dari 3.00 petang hingga 5 petang. Pelbagai ilmu serta perkongsian maklumat telah dapat dilakukan dan ia sekaligus memberi mafaat kepada keseluruhan warga BA MOF.
Tuesday, 3 July 2018
AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF SIRI 2/2018
Pada 04 Julai 2018 akan diadakan Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dijalankan bagi memastikan BA MOF sentiasa berada bersih, kemas dan kondusif.
Monday, 11 June 2018
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH BAGI PEMENANG PERTANDINGAN EKSA 2018
Satu sesi penyampaian hadiah bagi pemenang
pertandingan Ruang Kerja Tercantik serta
Zon Tercantik BA MOF telah dijalankan pada
04 Mei 2018. Hadiah pertandingan telah
disampaikan oleh Pengarah BA MOF, JANM
iaitu Puan Samsiah binti Ahmad dan di iringi
oleh Timbalan Pengarah Pengurusan
iaitu Puan Sharifah binti Samat.
PROGRAM BERGAMBAR AJK EKSA BA MOF 2018
Satu program mengambil gambar bersama AJK EKSAM BA MOF 2018 bagi tujuan pengemaskinian blog EKSA BA MOF telah dijalankan pada :
Tarikh : 29 Mac 2018 dan 30 Mac 2018
Lokasi : Ruang Tengah Antara blok A dan B (Kawasan pokok-pokok di
tengah bangunan JANM)
Masa : 9.30 pagi
Tuesday, 8 May 2018
AUDIT DALAMAN EKSA JANM DI BA MOF
Sehubungan dengan itu, terdapat beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan selaras dengan cadangan Audit Dalaman.
Monday, 7 May 2018
PRA AUDIT DALAMAN EKSA BA MOF
Pada 23 April 2018, telah dijalankan Pra Audit Dalaman EKSA BA MOF. Program ini dilaksanakan sebagai satu cara memastikan amalan EKSA dilaksanakan secara berterusan oleh warga kerja.
Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Pra Audit Dalaman ini dilaksanakan secara berperingkat meliputi 4 zon bermula dari 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
ANTARA PENEMUAN PRA AUDIT DALAMAN BA MOF
Subscribe to:
Posts (Atom)